Nilai dan Pengajaran

Sajak Sejadah Rundu : Nilai dan Pengajaran

NILAI MURNI

  1. Keinsafan  – penyajak insaf akan kesalahan yang pernah dilakukannya.
  1. Ketaatan kepada Tuhan – penyajak taat akan perintah Tuhan dengan melaksanakan ibadah.
  1. Rasional – penyajak menyedari kesilapan yang dilakukannya dan bertaubat.
  1. Kesyukuran – penyajak bersyukur kerana diberi peluang untuk bertaubat sebelum menemui ajal.
  1. Keikhlasan – penyajak ikhlas berdoa dan menyedari dosa-dosanya yang lalu.

PENGAJARAN

  1. Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
  1. Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
  1. Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.
  1. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.
  1. Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
  1. Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
  1. Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.
  1. Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.

.

Leave a comment