Kepentingan Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Remaja

Kepentingan Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Remaja

Pengenalan

Remaja merupakan tulang belakang negara

  • mestilah memiliki semangat patriotisme yang tinggi
  • tidak mudah terpengaruh dan terperangkap dengan gejala yang negatif
  • bakal pemimpin negara pada masa hadapan

Idea-idea Utama

Memang tidak dapat dinafikan bahawa semangat sayang akan negara dan kebudayaan tempatan dapat membina patriotisme dalam kalangan remaja

  • sanggup berjuang dan berkorban untuk negara
  • sanggup mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh pihak musuh
  • sentiasa mengekalkan kemerdekaan yang sedia ada

Semangat patriotisme yang tulen benar-benar ditagih daripada golongan remaja

  • mereka tidak mudah terperangkap dalam pelbagai masalah sosial
  • contohnya seperti penagihan dadah, jenayah dan pelbagai lagi
  • mereka akan memiliki sahsiah yang baik dan berfungsi dengan cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan

Kebudayaan di Malaysia adalah kebudayaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat timur

  • mengamalkan nilai-nilai murni yang baik
  • hormat-menghormati, tolong-menolong dan sayang-menyayangi
  • menjurus remaja supaya mengamalkan gaya hidup yang teratur dan akhirnya membentuk jati diri yang cemerlang
  • semangat patriotisme mudah dipupuk dan dibentuk jika remaja memiliki nilai-nilai yang sebegini
  • budaya negara kita merupakan budaya yang bersangkutan agama
  • melahirkan remaja yang taat dan kuat berpegang kepada ajaran agama
  • tidak mudah tergugat iman dan terpesong dengan budaya yang lain khususnyabudaya barat
  • menjalani kehidupan di landasan yang sebenar selari dengan semangat patriotisme yang ada dalam diri mereka

Masyarakat di negara kita turut mengamalkan budaya yang diwarisi sejak zaman nenek moyang lagi dan senario sayang akan negara ini mestilah diterapkan dalam kalangan remaja

  • melentur masyarakat supaya menjadi sebuah bangsa dan negara yang kuat
  • sayang akan negara dan budaya yang memiliki nilai estetika yang tersendiri
  • menjana ke arah sebuah masyarakat yang ideal dan efisien

Penutup

Semangat patriotisme dalam kalangan remaja mestilah dilentur sejak usia masih muda

  • asas ketahanan remaja dalam menghadapi sebarang rintangan dan cabaran
  • tidak mudah tewas dalam apa jua godaan yang mendatang
  • antara ciri penting dalam melahirkan remaja yang cemerlang, gemilang dan terbilang

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s