Usaha-usaha Menghadapi Cabaran untuk Mencapai Kejayaan dalam Pelajaran
Pendahuluan:
- kejayaan dalam pelajaran menjamin masa depan seseorang murid
- menjadi batu loncatan untuk seseorang murid itu menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi
- seseorang itu akan memperoleh pekerjaan yang bergaji lumayan
- pekerjaan yang bergaji lumayan menjamin masa depan seseorang
- terdapat beberapa cabaran yang menghalang seseorang murid itu untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran
- cabaran tersebut datangnya daripada sikap, daripada rakan sebaya dan media massa
- terdapat beberapa usaha yang dapat dilakukan untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut
Isi-isi Penting:
- cabaran yang paling besar datangnya daripada sikap – sikap negatif seperti perasaan malas dan kehilangan semangat untuk belajar – perlu sentiasa membakar semangat untuk belajar dengan menjadikan murid yang telah berjaya dalam peperiksaan awam sebagai model untuk meraih kejayaan – menjadikan kisah kejayaan Azali Azlan dari Kedah dan Nik Nur Madihah dari Kelantan yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun 2007 dan 2008 sebagai pembakar semangat – membaca buku-buku motivasi dan menghadiri kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan pihak luar
- perlu menguasai teknik belajar berkesan – kerana salah satu cabaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah tidak dapat mengingati tajuk-tajuk yang telah dipelajari – perlu melengkapkan diri dengan teknik belajar berkesan – contoh: kaedah membaca buku yang betul dan teknik mencatat nota – perlu menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di kelas sebagai salah satu teknik belajar berkesan – perlu berusaha untukj menguasai teknik belajar berkesan kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
- perlu mengurus masa dengan bijak – kerana kegagalan mengurus masa merupakan salah satu penghalang kepada seseorang murid untuk mencapai kejayaan – menyediakan jadual aktiviti harian yang memberikan keutamaan kepada aspek pelajaran seperti waktu untuk belajar, membuat ulang kaji dan menghadiri kelas tambahan – memperuntukkan masa untuk beriadah dan berehat dalam jadual aktiviti harian kerana kesihatan amat penting sebagai faktor yang menyumbang kepada kejayaan dalam pelajaran – harus mematuhi jadual kerana masa itu emas
- rakan sebaya juga dapat menjadi penghalang untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran – harus bijak memilih rakan yang mempunyai kemahuan dan semangat belajar yang tinggi – rakan yang mengutamakan kecemerlangan dalam pelajaran pasti dapat meraih kejayaan – menghindarkan diri daripada bergaul rapat dengan rakan-rakan yang tidak berminat terhadap pelajaran kerana akan terpengaruh dengan sikap negatif mereka – pemilihan rakan sebaya yang positif merupakan langkah yang bijak untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran
- perlu berhati-hati terhadap penggunaan pelbagai alat teknologi maklumat dan komunikasi – bijak memanfaatkan teknologi dengan cara mengehadkan diri untuk menggunakan alat-alat tersebut ke arah kebaikan sahaja – menjauhi permainan komputer dan mengurangkan penggunaan aplikasi laman sosial seperti Telegram, Facebook dan WhatsApp untuk sembang kosong yang tidak mendatangkan manfaat agar tidak menjadi mangsa teknologi
Penutup:
- banyak usaha yang dilakukan untuk menangani cabaran untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran
- perlu berpegang pada prinsip dan matang dalam mendepani cabaran sebagai seorang murid
- tidak membiarkan diri hanyut dalam cabaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran kerana ilmu itu pelita hidup
.