Peranan Dan Tanggungjawab Seorang Pelajar

Peranan Dan Tanggungjawab Seorang Pelajar

Pengenalan
Pelajar sekolah pada hari ini menggalas satu tanggungjawab yang amat berat.
– perlu dipikul tanpa perasaan yang berbelah bahagi
– bukan calang-calang beratnya malah memerlukan seribu pengorbanan
– jika tergelincir hasrat keluarga, masyarakat dan negara akan hancur
– berapa banyak yang telah terkandas dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar

Idea-idea Utama
Dalam menyentuh isu ini, tanggungjawab mereka yang utama adalah untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang.
– mestilah bersungguh-sungguh dalam pembelajaran di sekolah
– bekerja keras dalam menuntut ilmu sama ada di sekolah mahupun di rumah
– memastikan kejayaan cemerlang milik mereka
– tidak lalai ataupun leka dengan perkara-perkara yang merugikan.

Mereka mestilah kuat dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ini.
– tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai unsur yang negatif
– terlibat dalam penagihan dadah, jenayah dan pelbagai lagi mestilah dielakkan
– bijak dalam memilh yang mana baik dan yang mana buruk
– sentiasa berada dalam landasan kehidupan yang sebenar

Golongan pelajar mestilah aktif dalam aktiviti anjuran sekolah.
– sikap berat tulang wajar dijauhi seperti bersikap pasif
– bergiat cergas dalam bidang kokurikulum seperti kelab, persatuan, sukan dan permainan
– membentuk jati diri di peringkat sekolah lagi
– mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan

Para pelajar mestilah berusaha menjulang nama sekolah mereka.
– melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran di sekolah
– menumpukan sepenuh perhatian semasa guru-guru mengajar
– tidak bersikap sambilewa dalam menyiapkan tugasan-tugasan sekolah
– memiliki komunikasi yang baik dengan rakan-rakan

Golongan pelajar juga mestilah hidup dalam landasan agama yang sebenar.
– memiliki pegangan agama yang kukuh sejak kecil lagi
– melaksanakan amalan yang dituntut dalam agama yang dianuti
– sebagai contoh pelajar Islam tidak meninggalkan solat lima waktu
– mampu menghindari diri daripada sebarang hasutan yang negatif

Penutup
Konklusinya, tanggungjawab seorang pelajar bukanlah kecil.
– wajar menjana ke arah pembangunan yang berterusan
– perlu merealisasikan kejayaan negara yang berterusan
– membentuk negara mengikut acuan yang positif
– melestarikan perpaduan dan keharmonian yang berkekalan

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s